bila dia datang kepadaku , ada suara kecil yang memanggil nama ini ..
bila dia datang kepadaku , titisan air jernih keluar dari kelopak mataku .. kerana baru aku sedar banyak dosa yang telah ku lakukan . rasa bagai tidak akan diberi pelunag untuk ku kembali ke jalan yang benar ..
bila dia datang kepadaku , sebenarnya baru aku sedar dia tidak pernah datang kepadaku . tetapi sentiasa berada di pintu hati menunggu pintu hatiku terbuka untuk memeluknya dan tak pernah akan ku lepas ..
bila dia di hatiku , takkan aku lepaskan lagi dan aku sedar kini aku sedang cuba meniti ke jalan yang benar ..
bila dia di hatiku , dia membisikku untuk berubah dengan memberi seorang insan kepadaku iaitu seorang insan yang senantiasa memberi semangat tidak putus2 agar aku sampai ke jalan2 orang2 yg soleh dan solehah .. kasih sayang daripada Maha Penciptaku dan insan itu bagai air sungai yang mengalir . bonus buatku !
bila dia dihatiku , ku belajar menutupi auratku walaupun tidak sempurna tetapi lebih baik dari ku membaluti auratku .
dan bila dia dihatiku , sentiasa aku berdoa agar hati ini istiqamah dengan perubahan pada diri ini walaupun sedikit demi sedikit .
bila HIDAYAH datang dihatiku ,
sesungguhnya aku manusia yang lemah , tak kuat tetapi aku cuba kuatkan hati kerana aku percaya Allah sentiasa denganku .bisikan dan kata2 manusia yg mengikut arus dunia melemahkan semangat untuk berubah . syukur Alhamdulillah aku sentiasa mendapat semangat drpd yang tersayang . ikhlaskan hati kerana Allah Ta'ala ..
Ya Allah , ampunilah aku . sesungguhnya aku tidak layak ke syurgamu , tetapi tidak pula aku sanggup menanggung seksa nerakamu . pimpinlah aku ke jalan orang yg bertakwa iaitu jalan org yg mendapat hidayah . istiqomahkanlah hatiku ini . kurniakanlah aku keluarga , sahabat dan kekasih drpd org yg soleh dan solehah .. amiiinnnnnnn .. Ya Rabbal alamin ..
No comments:
Post a Comment